Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpulkan maklumat untuk Kajian Keberkesanan Program Perpaduan Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2025. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan program perpaduan yang dilaksanakan di sekolah seperti perhimpunan rasmi, gotong-royong, aktiviti pdp dan lain-lain. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian semata-mata.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
2025